Hua....hari ni tertarik dengan satu lagi resepi baru..tengok Kak Suraya Sukri wat lah ni..dia post pic kat fb..nampak yummy je..teringin pulak nak cuba buat...resepi ni amik kat http://hanieliza.fotopages.com
by Chef hanieliza..tapi hari ni tak dapat buat lah sebab telur x da...post ajelah dulu...kot tengok ni leh rasa kenyang ke....hehe
PUDING ROTI CARAMEL
Bahan A:
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti
Bahan B
1 buku roti [10 keping]
1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit cocktal/peach
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad
Hiasan
1 tin buah koktel/peach
Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktal dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail ta buah peach
8. Sejukkan...hidangkan untuk buka posa ke.. sebagai dessert
cuba jangan tak cuba..hasilnya harap memuaskan lah ye..tak sabar dah ni ^_^
No comments:
Post a Comment