Friday 3 February 2012

CYBER RINDU ^_^ (PART 2)


“Ujie, kau nak bunuh orang ke? Kalau marah kat kau pun janganlah bawak laju macam ni! Aku ni amal pun tak cukup lagi!” Ujie langsung tak mengendahkan teguranku, malah dia makin memecut. Tanganku pula bertambah kuat memaut pinggangnya. “Hish! Ujie ni bukan boleh ‘aci’. Bawak motor mengalahkan ‘pelesit’.
            “Ujie, kita minum ABC nak?”
            “Apa? Aku tak dengarlah!”
            “Kita pergi warung Mak Ngah, minum ABC!!” Aku menjerit.
            “Set! Tapi kau belanja.”
            “Yelah.” Taulah marah kat aku, ambil kesempatanlah tu. Kami berhenti di warung Mak Ngah yang terletak di simpang jalan. Ramai jugak orang hari ni. “Hah, korang nak apa?” Abang Man anak bongsu Mak Ngah menyapa.
            “Nak order ABC sepuluh mangkuk!” Jawab Ujie bersahaja.
            “Korang biar betul! Dahaga bebenor ke?”
            “Tak adalah bang. Mengarut je Ujie tu. Hari ni dia bukan betul sangat. Nak dua mangkuk je….”
            Abang Man berlalu ke sudut belakang untuk meneruskan tugasnya. Ujie pula tengah astik menyemak intisari rancangan hari ini. Orang baca surat khabar nak tahu hal ehwal semasa. Dia? ‘Hantu t.v’! Aku melarikan pandangan ke sisi jalan. Teringat kembali peristiwa semalam, ketika aku bersendirian di perhentian bas, sebuah Satria biru metalik berhenti di hadapanku dan keluar seorang pemuda handsome..
            “Assalamualaikum…” Sapanya.
            “Tumpang Tanya, rumah Hj. Rahim di mana?” Soalnya.
            “Hj. Rahim?” Aku kehairanan,. Tak pernah pun aku dengar nama tu.
            “Ya, orang panggil Pak Alang.”
            “Oh, Pak Alang…” Manalah aku tahu nama dia.Tak pernah lagi aku dengar orang kampung panggil Pak Alang tu Hj. Rahim.
            “As, malam ni ada cerita ‘best’. Jet Lee lagi! Kau tengok kat rumah aku nak?”
            “Woi.aku Tanya engkau ni!!”
“Oh..rumah Pak Alang tu sebelah surau tepi balai raya kat depan sana tu.”
“Sakitlah jiwa aku!!! Lain ditanya, lain pulak dijawabnya!!!” Tiba-tiba singgah satu tamparan kuat dan amat menyakitkan di belakangku.
“Adoi, sakitnya..!!! Gila ke kau tak pasal-pasal pukul orang?”
“Kau tu yang berangan. Aku tanya lain, engkau jawab lain, dah tu tersengih sorang-sorang. Apahal hah?”
“Alamak, aku berkhayal ke? Mampus aku!!!
“Cuba engkau cerita sikit. Dari tadi aku tengok kau ni lain aje, tak macam biasa. Pelik betul..Aku tak nak kawan dengan orang gila tau?
Amboi bahasa, sedap je dia kata aku gila..
“Tak ada apalah. Merepek aje engkau ni.”
“Ha..eloklah tu, esok apa-apa hal cari aku jugak.”
“Usah risaulah aku ok apa.”
“Korang ni tak habis-habis. Dari tadi abang tengok asyik bertekak je. Tak elok macam tu. Korang tu perempuan..” Tiba-tiba abang Man bersuara sambil membawa dua mangkuk ABC yang kami nanti-nantikan.
“As ni abang Man. Entah penyakit apa yang datang, semacam je.” Ujie mengadu.
“Abang tengok biasa je. Apa yang lainnya?” Abang Man menjawab sambil tersenyum ke arahku. Aku membalas senyumannya dan berpaling ke arah Ujie.  Ujie terdiam. Aku tahu dia risaukan aku. Cuma belum masanya untuk aku ceritakan apa yang sedang aku alami sekarang. Perasaan yang datang tidak kupinta. Sabarlah Ujie, suatu hari nanti pasti akan ku ceritakan pada kau..
“Ha…abang tengoklah tu sikit-sikit termenung, ABC tu langsung tak diusiknya.” Ujie kembali merungut. Mendengar tegurannya, pantas aku menghirup abc yang semakin mencair. Abang Man hanya tertawa melihat telatahku.
“As, cuba tengok siapa dengan Pak Alang tu!” Ujie bersuara. Aku segera menoleh. Alamak mati aku! Macam mana pulak mamat ni sesat kat sini? Segera aku mengalihkan pandangan ke arah abang Man.
“Fuih, cunlah As! Woi tengoklah…!!!”
“Biarlah..engkau sibuk apasal?” Balasku tanpa memandang ke arahnya. Di saat ini hanya tuhan saja yang tahu perasaanku…
“ Tak adalah, Cuma aku rasa mamat tu baru je sampai kat kampong ni…”
“Memang pun..baru sampai semalam.” Hantu! Macam mana aku boleh terlepas cakap ni?
“Apa? Eh, macam mana engkau tau? Ha..tentu ada apa-apa ni….”
“Pandailah kau Ujie. Eh, jom blah. Nanti bising pulak mak aku kat rumah tu. Dahlah keluar tadi tak beritahu dia. Nah seringgit pergi bayar kat abang Man. Aku tunggu kat motor.” Jelasku sambil menghulurkan dua keping syiling 50 sen kepadanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...