Friday 3 February 2012

CYBER RINDU ^_^ (PART 1)


Woit!!! Tidur ke? Apahallah lu, layan blues waktu ni! Nak main buat cara main!!! Jeritan Ujie mengejutkan lamunanku. Haa…tak pasal-pasal kena marah..Namun dengan selamba aku berlari ke hujung padang mendapatkan bola yang terlepas dan melontar laju ke arah Ujie yang sedang bercekak pinggang..

“Sorrylah, aku bukannya sengaja!”
“Kuringlah lu! Tadi dia yang beria-ria ajak kita main. Nak ‘release tension’ konon! Ini dah terbalik, aku pulak yang ‘tension’. ”
“Alaa..janganlah marah..Aku janji lepas ni aku tak buat lagi. Jom kita sambung.”
“Tak naklah..boring aku macam ni. Jom balik.” Alamak! Ujie betul-betul marah ni. Apa nak buat hah? Paling kurang, kena belanja mee kari Mak Ngah Leha baru hati ‘kerasnya’ lembut. Ini semua kerana mamat sorang tu..
“Hei, tak nak balik ke makcik? Kena tinggal kang baru padan muka kau!” Hish.. kacau betul!!! Pantas aku berlari mengejar Ujie dan melompat ke atas motor.

              

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...