Friday 3 February 2012

CYBER RINDU ^_^ (PART 6)


“Along minta maaf As. Maaflah, bukan niat Along nak mempermainkan As.”
            “Habis selama ni memang Along kenal dengan Shah tu kan? Kawan lama yang selalu Along sebut-sebut tu. Tapi kenapa Along tak beritahu As? Along sengaja biarkan As tertanya-tanya dan berfikir yang bukan-bukan!” Dalam sedu aku melemparkan kemarahan terhadap Along. Sakit hatiku dibuatnya….
            “As, Shah ikhlas nak kawan dengan As. Dia kata dia suka pada As sejak mula-mula kenal As. Masa tu dia baru balik ke kampung ni. Waktu tu As tengah tunggu bas nak ke Bandar. Dia tanya As jalan ke rumah Pak Alang. Ingat tak?” Ingat Along. As memang ingat detik pertemuan tu. Sampai sekarang As ingat.. Namun, aku hanya menjawab dalam hati sahaja. Aku tak mahu Along tahu sejak pertemuan itu, wajah Shah sering mengganggu lena dan menjadi penyeri hidupku.
            “Bila Shah jumpa Along, dia bertanyakan As. Along cakaplah s ni adik kesayangan Along. Lepas tu dia terus –terang dengan Along, yang dia dah jatuh hati dengan As.” Along kembali menyambung penjelasannya. Betulkah apa yang aku dengar? Nampaknya aku tak bertepuk sebelah tangan. Yes! Namun perasaan itu terpaksa aku kawal. Malu kalu tahu dek Along. Dengan berlagak serius aku bertanya kepada Along.
       “Habis Along cakap apa pada dia?” Along tersenyum. Mungkin dia gembira kerana marahku terhadapnya sudah reda.
            “Along cakaplah yang Along tak kisah. Janji dia betul-betul sayang dan ambil berat pada As. Lagipun Shah tu baik As. Along kenal dia dah lama. Lebih dari 10 tahun.”
            “Along cakap, mungkin As pun ada hati kat dia. Pasal Ujie beritahu Along dua tiga hari ni As lain je. Katanya sejak As balik dari Bandar dulu As asyik termenung dan berkhayal je. Tentu teringatkan Shah kan? Kan? Kan? Dan yang paling nyata, rasukan ‘jembalang’ dah mengena….” Sambung Along sambil ketawa.
            “Ah,mengarut je Along ni!!!!” Pantas teddy bear yang berada dalam pelukan kulontarkan ke arahnya.
            “Lagi satu Along nak tanya, ‘secret admire’ As tu Shah kan?” Hantu!!! Mesti waktu aku chatting hari tu Along ada..Haah..Shah cakap masa tu, ada kawan dia yang tengah tunggu dia. Along?
         “Pandai je Along buat cerita. Menyampah!” Sgera aku berlari ke bilik dan menguncikan diri. Dari dalam kedengaran Along menyanyi-nyanyi kecil. Perli akulah tu…
            Boleh percaya ke apa yang Along beritahu tadi? Susahlah aku nak tidur malam ni. Kalau benar bagai dikata, cewah! Kecil tapak tangan, stadium St. Denis di Perancis aku tadahkan..He..he..he..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...