Saturday 18 February 2012

ME + CARTOONS

Hari ni banyak betul citer yang aku tengok..dari kartun bawa ke movie pastu kartun lagi..hindustan..kartun lagi dan kartun....tak habis2 kan rancangan kat tv....dan aku pun tak habis2 tengok...bila masanya aku belajar...Cop...hari ni kan cuti..so hari tuk rehatkan otaklah....


Aku ngan kartun ni memang tak dapat dipisahkan lagi dah..dah sebati dengan hidup aku..rasanya sejak dari kecil lagi aku dah exposed pada kartun2 ni...here, aku listkan rancangan kartun dan anime yang aku minat dan tengok dari kecik lagi sampailah sekarang..nope..ada jugak yang dah tak ikut lagi sebab kekangan masa dan ada yang aku dah tak tengok sangat sebab dah x larat tambah-tambah lagi dengan banyak pulak citer kartun sekarang..tapi here it is...............


Barbie....ni memang aku suka..bukan setakat kartunnya aje..sampai anak patungnya pun aku bedal jugak...tiap2 hari lepas balik sekolah minta ibu aku belikan..sampai penuh satu almari ngan patung ni..tapi dah besar aku buang aje...nyesal lah pulak bila teringat balik..


Kedua, aku membesar ngan mickey mouse dan sewaktu dengannya...ape yang kuar dari walt disney tulah..baik snow white, sleeping beauty, cinderella, alice and wonderland dan segala kisah dongeng diaorang...sume ni pun aku suka jugak..




Yang ketiga aku minat sangat doraemon...sebab ada saku dia yang ajaib tuh...tapi meluat ngan nobita...suka sangat gunakan doraemon...huhu..




Yang ini paling aku minat..detective conan...horaa...aku memang x leh missed citer ni...aku suka kumpul komik ni..dari volume pertama lagi kuar..seingat aku komik ni kuar time aku form 4....start dari tu aku beli..beli dan beli sampailah sekarang..tapi yang sedihnya aku dah terputus beli komik ni..tak tau lah kenapa..aku cari kat kedai sume dah x da lagi..ke dah memang tak keluar lagi dah???? pelik lah..ada spa2 leh tolong aku tak..mana nak dapat komik ni?? aku x de start volume 74...skg ni kalu x silap mungkin dah masuk volume 77 kot..aku cari kat kedai memang x ada...sob..sob memang sedih..orang kata apa susah..baca online kan ok..kat tv pun ok per..memang r..tapi aku suka kumpul....kalu tak cukup satu tu memang rasa pelik jer...macam kehilangan sesuatu..tagline Shinichi aka Conan :'Hanya ada satu kebenaran!!' 


Opps...camne aku leh lupa ni..ni ha ada lagi kartun sebelum detective conan yang aku minat iaitu Sailormoon..yelah Sailormoon ni muncul dulu dari conan..time aku sekolah rendah lagi dah ada..


ni memang da hafal lah diorang punya anggota...dari makhluk jahat berubah jadi sailor pun ada...seiyakoh, taikikoh dan yatenkoh...diaorg ni lelaki tapi muka lembut cam girls jugak...




Detektif Q pun aku turut kumpul jugak....memang addicted to kisah2 penyiasatan la kiranya aku ni....


Latest..aku suka kartun ni..agak menarik jugaklah...



Well sebenarnya banyak jugak kartun yang aku minat...kalau dah peminat kartun tu nak wat cane kan..hehe..kartun ni leh hilangkan bosan. tensen dan macam2 lagi lah..kalu citer pun best..layan lah kan....

Entri malam ni...

Assalamualaikum...
Duhai malam.....begitu cepat je dah malam kan..hai cepat betul masa berlalu....tanda2nya?? tahu-tahu sendirilah kan...em malam ni entri apa ek??


OPppsy....entri malam ni adalah mengenai APA KATA HATI..apa hatimu? apa kata hatiku?? apa yang aku merepek ni?? hehe..btw sajelah nak tulis pun..nama pun kala hatiku berbicara..tulis je la apa yang aku rasa sekarang kan...saja je nak share sal tadi petang de tengok satu movie ni..tajuknya "APA KATA HATI".






Filem Apa Kata Hati? dibintangi oleh Raja Farah, Farid KamilAwal AshaariDynasAwieKartina Aziz, Ogy Ahmad DaudHarun Salim Bachik. Ia mengisahkan Elly (Raja Farah), seorang pereka fesyen muda bekerja di Butik Karya Anggun merupakan seorang gadis ceria dan berfikiran positif, diuji dengan satu pemberian yang memang diimpikan oleh semua wanita iaitu dapat membaca fikiran lelaki.


Namun Elly menganggap itu satu sumpahan apabila dia banyak mendengar yang tidak baik berbanding yang baik. Dengan pemberian itu juga, Elly jadi keliru dalam membuat pilihan teman hidup.Kebuntuan tersebut mendorong Elly membuat sesuatu keputusan dengan mengikut kata hatinyaApakah Elly berjaya membuat keputusan tepat dengan menurut kata hati?


hehe..basically..citer ni simple jer...ala love comedi...citer yang tak berat sangat otak..enjoy and very the kelakar one..tapi ada jugak meluatnya...t aku bitau nape..yang funnynye citer ni sampai aku gelak terbahak2 tak ingat dunia lagi ialah part A C Mizal jadi tok dukun...memang sempoi dan gila2...biol jugak tok dukun ni ye...leh pulak time x de customer wat kelas exercise...kemain je bila customer datang siap kena mik nombor padahal x de pun customer yang beratur...haha..pastu tingkah laku dia time nak ubat pesakit tula kononnya..dah macam orang menurun tahap sengal plus sewel..hehe..sakit leher aku ketawa kuat2..dah tu pandai pesan kat customer suh bayar khidmat dia yang tah kebenda tuh...tapi tok dukun ni memang ada power kot kalau tak camne si elly tu leh ada kuasa baca fikiran lelaki???


satu lagi watak yang aku suka watak 'Sophie' oleh Awie..kalau Awie memang terbaik r lakonan dia..semua orang pun terhibur ngan acting dia..memang menjadi lah...last2 dia pun sibuk nak jumpa tok dukun jugak..haha..apalah...


Tapi seyes..aku meluat giler ngan lakonan farid kamil...dalam citer ni farid kamil sebagai aidil selaku bf nye si elly ni..tapi playboy...menyampah pulak tengok..Opps..bukan aku tak suka dia ek...x baik pulak kan..em..aku tak suka je watak dia dalam citer tu...macam selekeh r dalam citer tu...on the first half of the story aku suka sangat ngan watak riezman lakonan Awal..aku rasa dia lah yang ok wat elly..tapi x sangka pulak sebenarnye dia tu suckssssssssss....poyo betul....


Keputusannya...Elly berjaya membuat keputusan....dia pilih Aidil..dan sebenarnya Aidil pun memang cintakan Elly..baru dia tahu erti cinta bila dia dah kehilangan Elly..






As a conclusion...aku terfikir pulak..kalau la aku ada anugerah tu apa aku nak wat ek..ke aku jadi macam Elly???? mesti seronok kan kalau kita dapat baca fikiran orang lelaki...so kita tahulah samada diaorang ni betul-betul ikhlas kat kita atau tak..tapi kalau kita sik dengar je apa yang semua lelaki cakap tak kira masa dan tempat boleh gila jugak kan....hehe..so baik aku pilih x mau jadi gila...sebab kehidupan sekarang yang nak kira ok tak ok ni pun aku macam nak gila dah....apepun yang penting terima jelah segala ketentuanNya...the main thing aku memang enjoy r ngan citer ni ^_*





Friday 17 February 2012

Resepi Puding Roti Caramel

         
         Hua....hari ni tertarik dengan satu lagi resepi baru..tengok Kak Suraya Sukri wat lah ni..dia post pic kat fb..nampak yummy je..teringin pulak nak cuba buat...resepi ni amik kat http://hanieliza.fotopages.com
      by Chef hanieliza..tapi hari ni tak dapat buat lah sebab telur x da...post ajelah dulu...kot tengok ni leh rasa kenyang ke....hehe

PUDING ROTI CARAMEL 




Bahan A:
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

Bahan B
1 buku roti [10 keping]
1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit cocktal/peach
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad

Hiasan
1 tin buah koktel/peach

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktal dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail ta buah peach
8. Sejukkan...hidangkan untuk buka posa ke.. sebagai dessert 

cuba jangan tak cuba..hasilnya harap memuaskan lah ye..tak sabar dah ni ^_^

Tahukah anda...?


         1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

3. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martin dari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan khas buat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula dinyanyikan oleh Ricky Martin.

4. Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan Sepanyol. ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan yang menggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat. (bahasa yang ke tujuh hanya biasa digunakan room dot dot dot)

5. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

9. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

10. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

11. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

12. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, akhlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda..........
walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.


Warna sesuatu kertas melambangkan...


            Ani : Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau       Muda?

Ena : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"

Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"

Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"

 Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"

Ena : "Asmara Yang Membara"

Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"

Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "

Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"

Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"

Ani : "Kalau Merah Jambu?"

Ena: "Sedang Jatuh Cinta"

Ani : "Kalau kelabu?"

Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"

Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"

Ena : "Itu namanya kertas karbon.. bodoh! "


apa lagi....

Hadiah Hari Guru (Sempena Hari Guru)

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..

Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu ….

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!

Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.

Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu: Patutlah.


Menggali Petikan Kata-Kata Sang Motivator

      Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah istri ku."

Hadirin terkejut dan terpaku...

Ia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku."

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan istrinya di dapur,

"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istriku."

Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rawatan akibat siraman air panas
...

Moral of the story:
Don't copy, if you can't paste.

Nak Cerita Pun Malas~~ apa der


      Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.

Ting TonG..grrrrrrrrrrrr


Pelik..pelik...apa dah jadi ngan blog aku ni ek...kejap buka ok..kejap buka apa yang aku post hilang..cam chipsmore la pulak..jap ade jap x de..ting tong la nih..
adoi..bosannya hari ni...rasa malas je nak siapkan semua kerja yang menimbun tu...research aku yang tak siap lagi...data analysis??? jangan dok habaq lah...tak analyze lagi nih...apa pulak cerita sal VIVA VOCE..aku memang tak sedia lagi....hua......insyaAllah cuba siapkan progress in this week...boleh ker??????
hi raihan baru je pertengahan bulan februari hang dah bermalas-malasan...semangat lah sikit oi! hehe..sapa lagi nak bagi semangat kalau tak diri sendiri kan...^_*

semalam chat ngan x-clasmate masa sekolah rendah dolu2....dia habaq dia dah tunang..sat g bulan 5 nak kawin..insyaAllah..bila sembang-sembang hat nak kawin ni..aku rasa sedihla pulak..bilanya aku nak kawin..hua..tambah2 pulak banyak pulak jemputan kahwin sampai bulan 5 nih...sorang-sorang kawan aku nak kahwin..pastu dapat anak...tambah anak...turn aku bila lagi....hua..sedih lagi.....sob..sob...

Arghhhhhhhhhhh..tak yah nak jeles lar....aku ada anak per..ramai pulak tu...nak tahu anak ape?????????..
ANAK KUCING lar..haha..ptu paling aku sayang ANAK PATUNG lar...tang tu memang berlambak2 sampai tak cukup tangan nak peluk..yang comei ada..hat tak comei pun ada...ha..sapa yang jeles?? hehe saja jelah..sebenarnye wat pe nak sedih-sedih pun kan..tak penting pun..yang penting ada jodoh nanti kawinlah aku ye tak?....

Actually, aku gembira sangat kawan2 aku ramai yang dah kawin..nak kawin dan sebagainya lah...aku tumpang gembira sesangat..yang wat aku sedih ialah.....aku tak dapat tengok majlis diaorg...untuk yang kawin  pada tahun lepas dan akan kawin pada tahun ni.....so sorry guys...bukannya aku tak mau tengok korang kawin tapi pengajian aku ni tak setel2 lagi.....ALmaklumlah, majlis sabtu atau ahad....time tu jugaklah clash ngan kuliah aku....yakni sabtu dan ahad....sampai petang pulak tu...tak dan nak hadir majlis korang..tau jela aku ni nama je ada lesen keta kebal.....tapi nama nak bawaknya...memang tak ar....spesis makhluk penakut ya amat....so pada sapa yang aku bole bergantung harap...dah diri sendiri tak boleh harap...hua hua hua...

Tapi aku janji pada diri sendiri insyaAllah pasni nak cuba beranikan diri drive keta kebal...setelkan pengajian, cari kerja..beli kereta sendiri dan drive lah..apa lagi....x mo lah susah2kan orang lagi..but unfortunately aku sebenarnya memang x gemar sangat ngan kereta...jalan sesak lor...pening aku...pencemaran udara pulak tu..based on indeks kualiti udara, tahap udara yang tercemar sekarang ni memang da teruk....better naik LRT...pun save duit gak..jimat belanja....ha kan da kuar orang alam sekitar..hish payah tul..hehe..

Berbalik kepada ting tong td...bukan blog ni je da ting tong..aku jugak dah ting tong.....ni la malas2 lagi...nak hilangkan kemalasan baik g solat asar...lagi afdal....dapat pahala lagi...apa lagi mai lah cepat2 kumpul pahala....

Ok ar...banyak membebel pulak....babai....


Thursday 16 February 2012

All Or Nothing~~

Mood malam ni ialah mengoogle lagu-lagu lama yang pernah dimainkan time aku sekolah dulu2...bila teringat balik time ni la aku macam kemaruk sangat ngan group artist cam O-TOWN, FIVE, BSB(backstreet boys), A1, 98 DEGREES, 911..em sekadar yang aku dapat sebut lah...bila ingat2 balik cam nak gelak pun ada..dulu bila balik sekolah ada satu channel ni...tak silap aku ntv7 kot..masa tu ntv7 masih baru lagi..so rancangan pun tak banyak sangat..yang banyak pasang lagu2 jela..so balik2 sekolah aku layan lagu kat tv..sambil tengok mamat2 penyanyi yang hensem tuh..dan mula lah berangan-angan mat jenin..


da google2 ni..so hasilnya agak memuaskan jugalah..ingat jugak aku pada band2 yang dah terkubur tu kan...masing2 dah buat haluan sendiri kot...dah banyak sangat band baru sekarang nih...lagu pulak bukannya best sangat...cam hampeh...tapi pepun band2 lama ni jugak yang aku still sangkut jugak...lagu dorang tetap best bagi aku...
                                                                                                                                                                         
so malam ni....aku nak layan lagu All or Nothing puas-puas...enjoy ^_*


I know when he's been on your mind
That distant look is in your eyes
I thought with time you'd realize
It's over, over


It's not the way I choose to live
And something somewhere's got to give
As sharing this relationship gets older, older


You know I'd fight for you
But how I can fight someone who isn't even there
I've had the rest of you now I want the best of you
I don't care if that's not fair


Cause I want it all
Or nothing at all
There's no where left to fall
When you reach the bottom it's now or never


Is it all or are we just friends
Is this how it ends
With a simple telephone call
You leave me here with nothing at all


There are times it seems to me
I'm sharing you with memories
I feel it in my heart
But I don't show it, show it


And then there's times you look at me
As though I'm all that you can see
Those times I don't believe it's right
I know it, know it


Don't make me promises
Baby you never did know how to keep them well
I've had the rest of you
Now I want the best of you
It's time to show and tell


Cause I want it all
Or nothing at all
There's no where left to fall
When you reach the bottom it's now or never


Is it all or are we just friends
Is this how it ends
With a simple telephone call
You leave me here with nothing....


Cause you and I
Could lose it all if you've got no room
No room inside for me in your life


Cause I want it all
Or nothing at all
There's no where left to fall
It's now and never


Is it all or nothing at all
There's no where left to fall
When you reach the bottom it's now or never


Is it all or are we just friends
Is this how it ends
With a simple telephone call
You leave me here with nothing at all

Kecantikan Seorang WANITA~



1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya. 

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkhawin. 

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya. 

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur. 

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita. 

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami. 

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki. 

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya. 

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya. 

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya. 

11. Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah khawin, dia hafal seluruh pertanyaan. 

12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya. 

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan. 

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis. 

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu. 

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia. 

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya. 

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkhawin. 

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia. 

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia. 

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya. 

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya. 

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti. 

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan. 

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya. 

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami. 

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki 
mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan. 

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang 
ketiga diarahkan kepada suami. 

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya. 

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya. 

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya. 


10 Sifat Calon Suami Yang Baik........

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat2 ini (sayalah tu kan..heheh)

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini:

  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan. 
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. 
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya. 
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. 
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. 
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap. 
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian. 
  8.  Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama. 
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya. 
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan. 
Tiada manusia pun yang sempurna di muka bumi ni tapi sekurang2nya ada sikit walaupun x semua sifat2 yang seperti diatas alangkah bahagianya hidup kan...minta lebih2 pun x boleh..tak guna juga kan..yang penting kita kena jadi yang baik dulu ok..^_*

Friday 3 February 2012

CYBER RINDU ^_^ (FINALE)


To You Just Because
You’re Very Special to me
I want this message to put a smile on your face.
I want it to remind you that you have been on my mind
I want it to tell you that
I think you’re wonderful.
I want it to be a beautiful part of this day.
And I want it to help you remember
-every time you remember it in the days yet to be-
That this message was sent to you.. just because..
You’re very special to me……..

Nice words! Emm.nampaknya seharianlah aku senyum. Tak kusangka Shah akan hantar e-mail sebegitu. Betul-betul buat aku terpegun. Menarik dan begitu ‘merasuk’ jiwaku.
Aha..boring-boring ni baik aku chat sekejap…

Robin22: Hai..Assalamualaikum…

Tiba-tiba aku disapa. Shah???

Marion17: Waalaikumussalam..

Alhamdulillah. Ada jugak mamat ni. Macam tahu-tahu je aku rindu kat dia.

Robin22: As apa khabar? Lama tak nampak. Shah rindulah……

Samalah Shah. Aku pun rindu jugak..Ah..controllah sikit!

Marion17: Baik.

Ringkas sahaja jawapanku. Tapi kalau boleh aku nak taip besar-besar macam ni..SHAH!!!! I MISS U!!!!! I REALLY REALLY MISS YOUUUUUUUUUUU!!!!!!!!!!!

Robin22 whisper: Kenapa ni As? Marahkan Shah lagi ke? Maaflah.. tak terlintas pun dalam hati Shah nak sakitkan hati As. Shah terpaksa buat macam tu untuk kenal As dengan lebih rapat lagi. Shah harap As faham……
Marion17: La..sapa yang marah..As tak marah pun..
Robin22: =0)
Marion17: Apa senyum-senyum?

Namun, aku turut tersenyum.

Robin22: Betul As tak marah ni?
Marion17: Em..tapi..
Robin22: Tapi apa lagi yang???

Yang? Alangkah bahagianya kalau ku dengar ia dituturkan sendiri olehmu Shah.He..he..he

Marion17: Shah kena belanja As. Tak boleh tidak. Mesti dilaksanakan mengikut perintah.
Robin22: Itu saja? Shah tak kisah. Kena belanja As seumur hidup pun Shah sanggup. Tapi bila As senang?

Ler..aku main-main jer. Tapi peduli apa. Inilah peluangnya aku bermanja- manja sikit! Cewah!!!

Marion17: Hari minggu ni. Boleh?
Robin22: No problem. Tapi janji tau! Nanti Shah jemput As kat rumah. Sambil tu boleh gak rapat-rapat lagi ngan abang ipar! He..he..he.
Marion17: Oklah..
Robin22: As, Shah kena pergilah. Lupa pulak ada kelas petang ni. Nanti Shah terlambat pulak. Shah pergi dulu yek? Esok jangan ponteng lagi! Sebab marahkan Shah pelajaran As pulak tertinggal.
Marion17: Baik cikguuuuuuuuuuuu!
Robin22: Oklah, bye sayangggg!!!!!!!
Marion17: Bye darlinggggggggg!!!!!

Hehe.. dalam tak sedar aku taip perkataan tu. Darling lagi!

Robin22: Yahooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku tak pasti apa yang Shah gembira sangat. Namun aku pun turut merasa gembira kerana aku yakin benih cinta mula mekar kini. Eh, hari ni hari apa? Khamis? Aisey!!!! Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad!!!! 3 hari lagi!
“Mak! As dah kena rasuk ‘dek’ Jembalang!!” Aku menjerit sendirian dnegan gembiranya. Mujur Along tak ada. Nampaknya akan berakhirlah nyanyian rindu. Tiada lagi tangisan sendu dan pastinya aku akan menerima wahai Ezurin Shah. Alangkah bahagianya hidupku, terkena panahan api cintamu….Namun begitu, aku rela!!!!!!!!!!!!!

ERM….ABIS SUDAH~~~~ ^_^
~SELAMAT ENJOY YA~

CYBER RINDU ^_^ (PART 6)


“Along minta maaf As. Maaflah, bukan niat Along nak mempermainkan As.”
            “Habis selama ni memang Along kenal dengan Shah tu kan? Kawan lama yang selalu Along sebut-sebut tu. Tapi kenapa Along tak beritahu As? Along sengaja biarkan As tertanya-tanya dan berfikir yang bukan-bukan!” Dalam sedu aku melemparkan kemarahan terhadap Along. Sakit hatiku dibuatnya….
            “As, Shah ikhlas nak kawan dengan As. Dia kata dia suka pada As sejak mula-mula kenal As. Masa tu dia baru balik ke kampung ni. Waktu tu As tengah tunggu bas nak ke Bandar. Dia tanya As jalan ke rumah Pak Alang. Ingat tak?” Ingat Along. As memang ingat detik pertemuan tu. Sampai sekarang As ingat.. Namun, aku hanya menjawab dalam hati sahaja. Aku tak mahu Along tahu sejak pertemuan itu, wajah Shah sering mengganggu lena dan menjadi penyeri hidupku.
            “Bila Shah jumpa Along, dia bertanyakan As. Along cakaplah s ni adik kesayangan Along. Lepas tu dia terus –terang dengan Along, yang dia dah jatuh hati dengan As.” Along kembali menyambung penjelasannya. Betulkah apa yang aku dengar? Nampaknya aku tak bertepuk sebelah tangan. Yes! Namun perasaan itu terpaksa aku kawal. Malu kalu tahu dek Along. Dengan berlagak serius aku bertanya kepada Along.
       “Habis Along cakap apa pada dia?” Along tersenyum. Mungkin dia gembira kerana marahku terhadapnya sudah reda.
            “Along cakaplah yang Along tak kisah. Janji dia betul-betul sayang dan ambil berat pada As. Lagipun Shah tu baik As. Along kenal dia dah lama. Lebih dari 10 tahun.”
            “Along cakap, mungkin As pun ada hati kat dia. Pasal Ujie beritahu Along dua tiga hari ni As lain je. Katanya sejak As balik dari Bandar dulu As asyik termenung dan berkhayal je. Tentu teringatkan Shah kan? Kan? Kan? Dan yang paling nyata, rasukan ‘jembalang’ dah mengena….” Sambung Along sambil ketawa.
            “Ah,mengarut je Along ni!!!!” Pantas teddy bear yang berada dalam pelukan kulontarkan ke arahnya.
            “Lagi satu Along nak tanya, ‘secret admire’ As tu Shah kan?” Hantu!!! Mesti waktu aku chatting hari tu Along ada..Haah..Shah cakap masa tu, ada kawan dia yang tengah tunggu dia. Along?
         “Pandai je Along buat cerita. Menyampah!” Sgera aku berlari ke bilik dan menguncikan diri. Dari dalam kedengaran Along menyanyi-nyanyi kecil. Perli akulah tu…
            Boleh percaya ke apa yang Along beritahu tadi? Susahlah aku nak tidur malam ni. Kalau benar bagai dikata, cewah! Kecil tapak tangan, stadium St. Denis di Perancis aku tadahkan..He..he..he..

CYBER RINDU ^_^ (PART 5)


Kerja? Tak pernah pun aku terfikir nak bekerja buat masa ni. Rupa-rupanya itulah hal yang Ujie nak bincangkan sangat dengan aku. Kalau difikirkan elok jugak. Daripada aku buang masa tak tentu pasal baik kerja. Tak kisahlah kerja apa, janji halal.
            “As nak kerja? Kerja apa yang As nak buat?” Along mendongakkan kepalanya ke arahku yang sedang berdiri di sisinya.
         “Promoter. Ala..bukan As sorang. Ujie, Kak Ani, Sal, Juju..em, ramailah Along.” Bersungguh-sungguh aku bersuara.
            “Di mana?”
            “KL Along.. Gajinya boleh tahan.”
       “Dah..tak payah nak beria-ria..Along tak benarkan!”. Tak habis lagi penerangan aku. Bengang betul! Selalunya Along tak begitu. Aku yang sememangnya sensitif, berlari ke ruang tamu… Pantas computer aku buka..Em mlas nak fikir.. Baik aku chat.

            Marion17: Assalamualaikum……………warga mamak..
            ^Polong^: Waalaikumussalamm……………………………….
            Zaffrey: Zaffrey jawab salam Marion17..waalaikumussalam!
            Niceguy2: Waalaikumsalam Marion17!!!!

            Ramai jugak yang chatting hari ni. Aku menoleh ke arah jam di dinding. Patutlah..dah pukul 4.45 petang. Nak chat ngan siapa agaknya? Lois? Diam je..tentu tengah chat dengan member dia..Ular sawa? Emm.lupa pulak..adik ni sekolah petang…Abang Ringgo? Tak ada pulak…

            Robin22: Assalamualaikum…

        Aikk..Robin22? Siapa pulak? Siap whisper lagi!! Mesti geng baru ni. Kalau Robin Hood kenallah..Ni Robin22..

            Marion17: Wsalam Robin22..
            Robin22: As apa kabar?

         Hah? Siapa ni? Mana dia tahu nama aku? Ha..mesti Ijan ni..Setahu aku dia memang minat dengan Robin Hood tu.

            Marion17: Khabar baik Ijan. Awak lak?
        Robin22: Ijan? Kita bukan Ijanlah sayang..tapi Shah. Amboi, takkan dah tak ingat. Baru malam tadi kita chat. Cian kita..

            Ler..Yang dia gi tukar nick tu apasal? Manalah aku tahu..Iskh..iskh..

            Marion17: Laa..Sapa suruh awak tukar nick..Patutlah kita tak kenal.Sorrylah…
            Robin22: Shah bukan apa..Shah saja nak padankan nama Shah dengan nama As tu..Ok tak Robin22 + Marion17?

            Tertawa aku dibuatnya. Alahai mamat ni..lantak engkaulah..

            Robin22: As, Shah rindu sangat kat As..nape semalam As tak chat?
            Marion17: Hish..apa lak rindu-rindu ni..Mana boleh rindu-rindu..
            Robin22: Sungguh ni. Pasal lak tak boleh?
      Marion17: Sebab kalau nak rindu..biarlah rindu serindu-rindunya..hehe..saja je aku nak menggatal..

        “As, sorrylah..Along bukannya nak marah.Cuma, Along ingat daripada As kerja baik As ambil computer study..Ada juga faedahnya..” Along mula bersuara sambil duduk di sebelahku. Nak memujuklah tu kononnya. Aku langsung tidak memandang ke arahnya. Baik aku layan budak jembalang ni..

        Robin22: As boleh terima ke? Sebab Shah ni dah terlebih rindu kat As. Lebih dari rindu serindu-rindunya…
            Robin22 whisper: Cutenya senyum dia..Ni yang buat Shah geram ni.. Ala..baru senyum sikit tu, belum kenyit mata lagi…

            Aku tertawa sendirian. Hilang seketika rasa marahku terhadap Along.
            “As, dengarlah cakap Along ni…” Along bersuara semula.
            “Apa dia?”..
           “Along nak As belajar computer. Dah dapat sijil nanti senang. Sekarang ni mana-mana kerja, mesti nak ada pengetahuan dalam komputer.”
       “La..Along ni, kat depan kita ni apa? Nak belajar apa lagi? Tau sikit-sikit sudahlah…”Terhenti perbualanku dengan Shah.Lantaklah…
         “Oh, sayang..bukan ini je yang As kena tahu. Banyak lagi. As  tahu macam mana nak laksanakan sesuatu program tu? Ada banyak aplikasi dalam komputer ni…Bla..bla..bla.. Panjang lebar penerangan Along pada aku…Em..betul juga. Setakat nil ah, yang aku tahu Cuma macam mana nak switch on, nak lukis gambar, menaip yang bukan-bukan, lepas tu print..Ha..ilmu terbaru..inilah dia..chit chat di internet..

            Robin22: Allooooo.. As, u still there???

            La….lupa pulak kat Shah ni..kesian dia tertunggu-tunggu..
“Nantilah Along, As fikirkan. Kesian dia ni..Dari tadi dok tunggu As.” Itu saja jawapan yang kuberikan pada Along.
“Oklah….Eh, As chat dengan siapa tu?”
“Dengan Robin22 ni hah..Dulu dia guna nama jembalang sekarang tukar pulak..Pelik tu Along, dia boleh tahu nama As dan area kampong ni…”
“Iye? Iskh..iskh…” Along menjegilkan matanya sambil tersenyum..
“As tak tipu..Sungguh Along..”
“Ala..budak menyamar je tu.. Eh, Along nak pergi rumah Pak Alang sekejap jumpa kawan lama Along.”
Rumah Pak Alang lagi..Apa kena dengan Along ni?

Robin22: Assssssssssssssss!!!!!!!!!!!!
Marion17: Ya, Shah..Sory yek? Ada hal skit…
Robin22: Hal apa? Lama tunggu…..
Marion17: Tak ada apa pun, bincang sesuatu dengan abang sat..
Robin22: OOOOOOOOOO..Abang As ada kat situ ke?
Marion17: Tak ada baru je keluar..
Robin22 whisper: Dia ke mana?

La..banyak betul soalnya..macamlah kenal dengan Along. Mengalahkan detektif pulak.

Robin22: As, dia ke mana?
Marion17: Entahlah..dia kata nak jumpa kawan lamanya.kenapa?
Robin22: Em..tak ada apa-apalah.Saja tanya.
Robin22: As, Shah nak tanya sikit boleh tak?
Marion17: Boleh.apa dia?
Robin22: Tapi Shah nak As jawab dengan ikhlas…
Marion17: Oklah.apa dia?

Ala..kalau aku tipu pun engkau bukan tahu.he..he..he..

Robin22: As dah ada boyfriend ke?
Marion17: Boyfriend? Buat masa ni tak adalah..kenapa?
Robin22: Nampaknya Shah ada peluanglah? He..he..he…
Marion17: Tapi…..
Robin22: Tapi apa???
Marion17: As adalah minat kat sorang mamat ni..kira-kiranya secret admirelah…yang sedihnya nama dia pun As tak tahu..

Ha..terus-terang aku beritahu kat Shah. Ujie kawan rapat aku pun tak tahu. Saat ini aku terkenangkan semula senyuman dan pandangan matanya..Aku mengaku yang aku dah jatuh cinta pandangan pertama dengan ‘mamat’ tu..Em siapalah gerangannya? Sampai sekarang aku tak tahu siapakah ‘dia’?

Robin22: As, Shah minta diri dulu..

Pulak..Takkan bengang kot?

Marion17: Kenapa? Marahkan kita ke?
Robin22 whisper: Emm….
Marion17: La..janganlah macam ni..soriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!
Robin22: Tak ada apalah. Ada kawan Shah datang ni. Lma dah dia tunggu. Nanti malam kita jumpa lagi ok?
Marion17: Oklah.Bye..
Robin22: Bye. C U sweetheart….

            Aku berlalu ke bilikku. Kata- kata Along masih terngiang-giang di telingaku. Kelendar di dinding ku amati. Result SPM keluar 3 bulan lagi. Berapa lama sangat aku boleh kerja? Emm..baik aku ikut cakap Along.Tapi Ujie? Nantilah..aku bincang dengan dia. Rasanya tak ada masalah. Aku segera merebahkan diri ke atas katil sambil tanganku mengapai suis radio yang berada tidak jauh dari sisiku…
         “Rindu..rindu..serindu-rindunya….” Lagu ni lagi!! Aku dahlah tengah merindu kat ‘mamat’ tu.Hish……..
“Adik-adik, tolong diam sikit boleh tak? Jeritan Ujie bergema dalam bilik computer yang serba baru itu. Semua mata tertumpu ke arahnya. Aku yang sedang berbual dengan Ary turut terdiam.
            “Mana cikgunya? Janji pukul tiga, sekarang dah pukul berapa? Dengan nada marah Ujie bersuara. Ya juga. Dah dekat setengah jam kami menunggu. Bayang cikgu pun tak Nampak. Along pun tak sampai lagi..Huh..janji melayu…
            “Boringla macam ni As, Ary. Hilang semangat aku nak belajar. Kalau aku tahu macam ni. Baik balik tidur. Lagi bagus!” sekali lagi Ujie merungut.
            “Sabarlah..kejap lagi sampailah tu,” Ary cuba memujuk.
         Kata Along ada seorang anak watan kampong Dong ni yang sanggup mengajar kami secara sukarela…Siapalah agaknya? Lelaki ke perempuan?
            “Assalamualaikum…..” Tiba-tiba Along memberi salam sambil tersenyum.
          “Waalaikumussalam…” Sekali lagi bilik ini bergema dengan jawapan salam dari kami yang seramai tiga puluh orang.
            “Terlebih dahulu Along nak minta maaf daripada kamu semua sebab kami berdua terlewat. Along dan cikgu ada masalah sikit di Bandar tadi.”
            “Tak mengapalah Along,” Ary mewakili kami semua.
            “La..mana cikgunya Along? Zairi sepupu Ujie bersuara.
            “Oh ya! Ini dia Along kenalkan cikgu kita..Habis Along bersuara muncul seorang pemuda berkemeja biru sambil membawa buah fail. Tergamam aku dibuatnya. Ya Allah..teruklah macam ni..Mamat ni cikgunya?
            “As, cikgu ni yang kita jumpa kat warung Mak Ngah dulu kan?”
          “Agaknya…” Lemah aku bersuara. “Baiklah adik-adik, rasanya biarlah saya perkenalkan diri dulu. Nama saya Ezurin Shah. Panggil abang Shah je.”
           What? Betul ke apa yang aku dengar ni? Ini dah kes berat. Selama ni aku chat dengan ‘secret admire’ aku sendiri rupanya…Mak!!! Tertunduk aku dibuatnya.
          “As, budak jembalang tu ke?” Ujie bertanya. Aku hanya mendiamkan diri. Namun aku pasti Ujie sudah tahu jawapannya.
           “Umur abang Shah berapa?” Kedengaran satu suara di belakang.Ina rupanya..Aku tersenyum. Baru form 4.
            “Emm..muda lagi dik. Baru 22 tahun.” Jawab ‘cikgu muda’ tu sambil menjeling ke arahku. Mampus!! Ary sempat menyiku tanganku. Mungkin dia perasan akan perubahanku dan jelingan Shah. Dalam hatiku timbul rasa geram terhadap Along. Patut pun banyak hal yang Shah tahu pasal aku. Rupa-rupanya ada pemberi maklumat tak bertauliah. Mengapalah aku tak terfikir yang Along berkawan dengan dia? Padanlah Along selalu ke rumah Pak Alang…Balik ni tahulah Along!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...