Tuesday 31 January 2012

Kepentingan Zikir ~

Abu Musa r.a memberitakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Perbandingan antara orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir diibaratkan seperti orang yang mati.


Hakim Tirmizi rah.a berkata:


  • Zikrullah itu melembutkan hati..
  • Apabila hati itu lalai dari mengingati Allah maka dengan kepanasan nafsu dan api syahwat, hatinya itu menjadi keras membatu.
  • Anggota lainnya turut menjadi keras, terhenti dari mengingati dan mematuhi perintah Allah SWT
  • Jika anggota itu ditarik untuk diperbaiki maka pasti akan terpatah seperti kayu kering yang hanya digunakan untuk membakar sahaja.

Joke for today ~~

Jangan Ketawa

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal
membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak
henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah
selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya
mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya.
Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain
kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya
kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis
kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya
gadis itu lagi.

"Tidak..", jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa",
gadis itu masih tak berpuashati

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di
khalayak ramai? " getusnya.





Kata2 Hikmah Penenang Jiwa

1. Orang yang gagal dalam usahanya lebih daripada orang yang tak berusaha sama sekali. – J. Douglas -
2. Berani menyatakan pendirian adalah sifat satria, tetapi berani surut dari yang salah dan berani mengaku adalah lebih satria. – Hamka -
3. Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang paling baik akhlaknya. – Bukhari dan Muslim –
4. Disiplin merupakan asas keimanan dan kemakmuran hidup manusia. – Tan Sri Hanif Omar –
5. Tidak ada satu yang lebih mahal daripada kemerdekaan dan tidak ada kebahagiaan yang lebih besar daripada menunaikan kewajipan. – Umar Al Khattab -
6. You will be judged on the basis of what you are,not what you say you are. – Mohd. Salleh Ismail –
7. Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup, orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh, dan orang yang membuat hanya apabila disuruh. – Lukman Hakim –
8. Kebebasan bererti tanggungjawab, tanggungjawab bererti berusaha, bertindak serta
berdikari dan kejayaan yang dicapai daripada usaha seseorang itu adalah tidak ternilai harganya.
– Tun Abdul Razak Hussin –
9. Tidak dihitung kaya yang banyak harta, tetapi kaya sebenarnya adalah kaya jiwa.
– Bukhari dan Muslim –
10. Force works on servile nature, not the free.
– Ben Johnson –
11. Kita tidak harus bersifat negatif kepada kegagalan dan kekalahan. Di dalam kegagalan itu ada kebaikannya.
– Prof. Datuk Hj. Shahron Ahmad –
12. Disiplin yang baik terbentuk dari sikap yang baik dan sikap yang baik adalah hasil daripada
pemimpin dan teladan yang baik.
–Tun Abdul Razak Hussin –
13. One can pass on the responsibility but not the discretion that goes with it.
– B. Cellin –
14. Berpadu ialah satu permulaan, terus berpadu ialah kemajuan dan bekerja secara berpadu
ialah kejayaan. – Henry Ford –
15. Bukankah tidak ada balasan yang baik, melainkan balasan yang baik juga.
16. Carilah seribu sahabat dalam pergaulan, kerana seribu sahabat belumlah banyak. Jauhilah seorang musuh, kerana musuh yang seorang itu sudah lebih daripada banyak.
– Lukman Hakim –
17. Orang yang membuat kesalahan dan berdusta untuk menutupnya, bererti membuat dua kesalahan.
– Issac Watts –
18. Ada empat jenis manusia, iaitu :-
a. Manusia yang tahu, tetapi tidak tahu bahawa dia tahu. Itulah orang yang lalai. Oleh itu berilah mereka peringatan.
b. Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Itulah orang yang bodoh dan degil. Oleh itu, tinggalkanlah mereka.
c. Manusia yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu. Itulah orang yang jahil. Oleh itu, ajarlah mereka.
d. Manusia yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu. Itulah orang yang berilmu. Oleh itu, ikutilah mereka.
- Al Khalil ibn Ahmadal Farahidi -
19. Siapa melawan kita, ia membaja menajamkan otak kita. Lawan itulah penolong kita.
– Edmund Burke -
20. Yang sangat berguna adalah seorang lelaki yang mengetahui darjat dirinya sendiri, tahu batas akalnya, kemudian dia bekerja menurut darjat dan batasnya.
– Imam As Syafie –
21. If you can’t make a mistake, you can’t make anything.
– Morva N. Collins –
22. Jangan mudah membuka rahsia kepada seorang sahabat agar anda tidak takut kepadanya, apabila dia berubah menjadi musuh.
– Menander –
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...