Tuesday 31 January 2012

Joke for today ~~

Jangan Ketawa

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal
membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak
henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah
selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya
mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya.
Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain
kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya
kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis
kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya
gadis itu lagi.

"Tidak..", jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa",
gadis itu masih tak berpuashati

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di
khalayak ramai? " getusnya.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...