Friday 3 February 2012

CYBER RINDU ^_^ (PART 5)


Kerja? Tak pernah pun aku terfikir nak bekerja buat masa ni. Rupa-rupanya itulah hal yang Ujie nak bincangkan sangat dengan aku. Kalau difikirkan elok jugak. Daripada aku buang masa tak tentu pasal baik kerja. Tak kisahlah kerja apa, janji halal.
            “As nak kerja? Kerja apa yang As nak buat?” Along mendongakkan kepalanya ke arahku yang sedang berdiri di sisinya.
         “Promoter. Ala..bukan As sorang. Ujie, Kak Ani, Sal, Juju..em, ramailah Along.” Bersungguh-sungguh aku bersuara.
            “Di mana?”
            “KL Along.. Gajinya boleh tahan.”
       “Dah..tak payah nak beria-ria..Along tak benarkan!”. Tak habis lagi penerangan aku. Bengang betul! Selalunya Along tak begitu. Aku yang sememangnya sensitif, berlari ke ruang tamu… Pantas computer aku buka..Em mlas nak fikir.. Baik aku chat.

            Marion17: Assalamualaikum……………warga mamak..
            ^Polong^: Waalaikumussalamm……………………………….
            Zaffrey: Zaffrey jawab salam Marion17..waalaikumussalam!
            Niceguy2: Waalaikumsalam Marion17!!!!

            Ramai jugak yang chatting hari ni. Aku menoleh ke arah jam di dinding. Patutlah..dah pukul 4.45 petang. Nak chat ngan siapa agaknya? Lois? Diam je..tentu tengah chat dengan member dia..Ular sawa? Emm.lupa pulak..adik ni sekolah petang…Abang Ringgo? Tak ada pulak…

            Robin22: Assalamualaikum…

        Aikk..Robin22? Siapa pulak? Siap whisper lagi!! Mesti geng baru ni. Kalau Robin Hood kenallah..Ni Robin22..

            Marion17: Wsalam Robin22..
            Robin22: As apa kabar?

         Hah? Siapa ni? Mana dia tahu nama aku? Ha..mesti Ijan ni..Setahu aku dia memang minat dengan Robin Hood tu.

            Marion17: Khabar baik Ijan. Awak lak?
        Robin22: Ijan? Kita bukan Ijanlah sayang..tapi Shah. Amboi, takkan dah tak ingat. Baru malam tadi kita chat. Cian kita..

            Ler..Yang dia gi tukar nick tu apasal? Manalah aku tahu..Iskh..iskh..

            Marion17: Laa..Sapa suruh awak tukar nick..Patutlah kita tak kenal.Sorrylah…
            Robin22: Shah bukan apa..Shah saja nak padankan nama Shah dengan nama As tu..Ok tak Robin22 + Marion17?

            Tertawa aku dibuatnya. Alahai mamat ni..lantak engkaulah..

            Robin22: As, Shah rindu sangat kat As..nape semalam As tak chat?
            Marion17: Hish..apa lak rindu-rindu ni..Mana boleh rindu-rindu..
            Robin22: Sungguh ni. Pasal lak tak boleh?
      Marion17: Sebab kalau nak rindu..biarlah rindu serindu-rindunya..hehe..saja je aku nak menggatal..

        “As, sorrylah..Along bukannya nak marah.Cuma, Along ingat daripada As kerja baik As ambil computer study..Ada juga faedahnya..” Along mula bersuara sambil duduk di sebelahku. Nak memujuklah tu kononnya. Aku langsung tidak memandang ke arahnya. Baik aku layan budak jembalang ni..

        Robin22: As boleh terima ke? Sebab Shah ni dah terlebih rindu kat As. Lebih dari rindu serindu-rindunya…
            Robin22 whisper: Cutenya senyum dia..Ni yang buat Shah geram ni.. Ala..baru senyum sikit tu, belum kenyit mata lagi…

            Aku tertawa sendirian. Hilang seketika rasa marahku terhadap Along.
            “As, dengarlah cakap Along ni…” Along bersuara semula.
            “Apa dia?”..
           “Along nak As belajar computer. Dah dapat sijil nanti senang. Sekarang ni mana-mana kerja, mesti nak ada pengetahuan dalam komputer.”
       “La..Along ni, kat depan kita ni apa? Nak belajar apa lagi? Tau sikit-sikit sudahlah…”Terhenti perbualanku dengan Shah.Lantaklah…
         “Oh, sayang..bukan ini je yang As kena tahu. Banyak lagi. As  tahu macam mana nak laksanakan sesuatu program tu? Ada banyak aplikasi dalam komputer ni…Bla..bla..bla.. Panjang lebar penerangan Along pada aku…Em..betul juga. Setakat nil ah, yang aku tahu Cuma macam mana nak switch on, nak lukis gambar, menaip yang bukan-bukan, lepas tu print..Ha..ilmu terbaru..inilah dia..chit chat di internet..

            Robin22: Allooooo.. As, u still there???

            La….lupa pulak kat Shah ni..kesian dia tertunggu-tunggu..
“Nantilah Along, As fikirkan. Kesian dia ni..Dari tadi dok tunggu As.” Itu saja jawapan yang kuberikan pada Along.
“Oklah….Eh, As chat dengan siapa tu?”
“Dengan Robin22 ni hah..Dulu dia guna nama jembalang sekarang tukar pulak..Pelik tu Along, dia boleh tahu nama As dan area kampong ni…”
“Iye? Iskh..iskh…” Along menjegilkan matanya sambil tersenyum..
“As tak tipu..Sungguh Along..”
“Ala..budak menyamar je tu.. Eh, Along nak pergi rumah Pak Alang sekejap jumpa kawan lama Along.”
Rumah Pak Alang lagi..Apa kena dengan Along ni?

Robin22: Assssssssssssssss!!!!!!!!!!!!
Marion17: Ya, Shah..Sory yek? Ada hal skit…
Robin22: Hal apa? Lama tunggu…..
Marion17: Tak ada apa pun, bincang sesuatu dengan abang sat..
Robin22: OOOOOOOOOO..Abang As ada kat situ ke?
Marion17: Tak ada baru je keluar..
Robin22 whisper: Dia ke mana?

La..banyak betul soalnya..macamlah kenal dengan Along. Mengalahkan detektif pulak.

Robin22: As, dia ke mana?
Marion17: Entahlah..dia kata nak jumpa kawan lamanya.kenapa?
Robin22: Em..tak ada apa-apalah.Saja tanya.
Robin22: As, Shah nak tanya sikit boleh tak?
Marion17: Boleh.apa dia?
Robin22: Tapi Shah nak As jawab dengan ikhlas…
Marion17: Oklah.apa dia?

Ala..kalau aku tipu pun engkau bukan tahu.he..he..he..

Robin22: As dah ada boyfriend ke?
Marion17: Boyfriend? Buat masa ni tak adalah..kenapa?
Robin22: Nampaknya Shah ada peluanglah? He..he..he…
Marion17: Tapi…..
Robin22: Tapi apa???
Marion17: As adalah minat kat sorang mamat ni..kira-kiranya secret admirelah…yang sedihnya nama dia pun As tak tahu..

Ha..terus-terang aku beritahu kat Shah. Ujie kawan rapat aku pun tak tahu. Saat ini aku terkenangkan semula senyuman dan pandangan matanya..Aku mengaku yang aku dah jatuh cinta pandangan pertama dengan ‘mamat’ tu..Em siapalah gerangannya? Sampai sekarang aku tak tahu siapakah ‘dia’?

Robin22: As, Shah minta diri dulu..

Pulak..Takkan bengang kot?

Marion17: Kenapa? Marahkan kita ke?
Robin22 whisper: Emm….
Marion17: La..janganlah macam ni..soriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!
Robin22: Tak ada apalah. Ada kawan Shah datang ni. Lma dah dia tunggu. Nanti malam kita jumpa lagi ok?
Marion17: Oklah.Bye..
Robin22: Bye. C U sweetheart….

            Aku berlalu ke bilikku. Kata- kata Along masih terngiang-giang di telingaku. Kelendar di dinding ku amati. Result SPM keluar 3 bulan lagi. Berapa lama sangat aku boleh kerja? Emm..baik aku ikut cakap Along.Tapi Ujie? Nantilah..aku bincang dengan dia. Rasanya tak ada masalah. Aku segera merebahkan diri ke atas katil sambil tanganku mengapai suis radio yang berada tidak jauh dari sisiku…
         “Rindu..rindu..serindu-rindunya….” Lagu ni lagi!! Aku dahlah tengah merindu kat ‘mamat’ tu.Hish……..
“Adik-adik, tolong diam sikit boleh tak? Jeritan Ujie bergema dalam bilik computer yang serba baru itu. Semua mata tertumpu ke arahnya. Aku yang sedang berbual dengan Ary turut terdiam.
            “Mana cikgunya? Janji pukul tiga, sekarang dah pukul berapa? Dengan nada marah Ujie bersuara. Ya juga. Dah dekat setengah jam kami menunggu. Bayang cikgu pun tak Nampak. Along pun tak sampai lagi..Huh..janji melayu…
            “Boringla macam ni As, Ary. Hilang semangat aku nak belajar. Kalau aku tahu macam ni. Baik balik tidur. Lagi bagus!” sekali lagi Ujie merungut.
            “Sabarlah..kejap lagi sampailah tu,” Ary cuba memujuk.
         Kata Along ada seorang anak watan kampong Dong ni yang sanggup mengajar kami secara sukarela…Siapalah agaknya? Lelaki ke perempuan?
            “Assalamualaikum…..” Tiba-tiba Along memberi salam sambil tersenyum.
          “Waalaikumussalam…” Sekali lagi bilik ini bergema dengan jawapan salam dari kami yang seramai tiga puluh orang.
            “Terlebih dahulu Along nak minta maaf daripada kamu semua sebab kami berdua terlewat. Along dan cikgu ada masalah sikit di Bandar tadi.”
            “Tak mengapalah Along,” Ary mewakili kami semua.
            “La..mana cikgunya Along? Zairi sepupu Ujie bersuara.
            “Oh ya! Ini dia Along kenalkan cikgu kita..Habis Along bersuara muncul seorang pemuda berkemeja biru sambil membawa buah fail. Tergamam aku dibuatnya. Ya Allah..teruklah macam ni..Mamat ni cikgunya?
            “As, cikgu ni yang kita jumpa kat warung Mak Ngah dulu kan?”
          “Agaknya…” Lemah aku bersuara. “Baiklah adik-adik, rasanya biarlah saya perkenalkan diri dulu. Nama saya Ezurin Shah. Panggil abang Shah je.”
           What? Betul ke apa yang aku dengar ni? Ini dah kes berat. Selama ni aku chat dengan ‘secret admire’ aku sendiri rupanya…Mak!!! Tertunduk aku dibuatnya.
          “As, budak jembalang tu ke?” Ujie bertanya. Aku hanya mendiamkan diri. Namun aku pasti Ujie sudah tahu jawapannya.
           “Umur abang Shah berapa?” Kedengaran satu suara di belakang.Ina rupanya..Aku tersenyum. Baru form 4.
            “Emm..muda lagi dik. Baru 22 tahun.” Jawab ‘cikgu muda’ tu sambil menjeling ke arahku. Mampus!! Ary sempat menyiku tanganku. Mungkin dia perasan akan perubahanku dan jelingan Shah. Dalam hatiku timbul rasa geram terhadap Along. Patut pun banyak hal yang Shah tahu pasal aku. Rupa-rupanya ada pemberi maklumat tak bertauliah. Mengapalah aku tak terfikir yang Along berkawan dengan dia? Padanlah Along selalu ke rumah Pak Alang…Balik ni tahulah Along!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...