Friday 3 February 2012

10 Wasiat Imam Hassan Al-Bana


  1. Segerakan solat apabila tiba waktunya.
  2. Bacalah Al-Quran, buatlah kajian dan hadirilah majlis ilmu, berzikirlah kepada Allah, jangan habiskan masa untuk sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat.
  3. Rajinlah berusaha belajar dan bertutur dalam bahasa arab kerana ia merupakan syiar Islam( em..masih tak pandai2 lagi nih…hu..hu)
  4.  Janganlah banyak berdebat dalam segala urusan kerana ia akan membawa kepada pertengkaran yang tidak akan mendatangkan kebaikan.
  5.  Janganlah banyak ketawa kerana hati yang dekat dengan Allah bersifat tenang dan tegas.
  6.  Janganlah banyak bergurau kerana umat yang berjuang hanya mengenal ketegasan.
  7. Janganlah meninggikan suara melebihi had yang diperlukan oleh pendengar kerana ia merupakan perbuatan sia-sia dan menyakitkan hati.
  8. Janganlah mengumpat atau memanggil dengan gelaran yang buruk dan janganlah berkata-kata kecuali perkara-perkara yang baik.
  9. Berkenalanlah dengan saudara seislam dimana-mana sahaja, sekalipun dalam keadaan mereka tidak meminta berbuat demikian kerana dasar seruan Islam ialah kasih sayang dan berkenalan.
  10. Kewajipan hidup lebih banyak dari waktu, oleh itu manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya…


Pesanan buat diri: sebenarnya kalau dikata jangan tu.. lagi kita makin nak buat kan..ish2…tabiat yang buruk jugak yang kita ikut.. apa kata muhasabah diri balik.. cuba fikir sedalam2nya segala perbuatan kita dan cuba perbaiki kepada yang lebih baik…Ya Allah bantulah hambaMu ini..tunjukkanku jalan yang lurus…Amin YaRabbal Alamin…


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...