Monday, 12 March 2012

Impian...sleeQ...

Assalamualaikum....
hm.......lama jugak x de entri baru kan....agak sibuk jugaklah..al maklum da start semester baru..final sem oh!! makin berat...makin stress...oh! oh! oh!

tah nape tiba-tiba nak goggle drama yang pernah aku tonton masa zaman sekolah dulu..tak silap tajuk dia 'IMPIAN'...google r nak dengar lagu tema drama tu kat youtube...tup2 yang kuar lagu 'IMPIANKU' by Didicazli feat SleeQ...mula2 try lah dengar..x sangka tangkap cintan pulak..rasanya diorang ni artist dari singapore...boleh tahan jugak vokal dorang..terus je suka lagu ni....

Dah dengar lagu tu...terus cari lagu nyanyian by Didicazli dan juga band lagi satu ni...SleeQ....hASilnya............awesome!!!...bagi yang tak tahu..nilah SleeQ..




tak sangka best jugak SleeQ ni nyanyi....dah x leh stop dah nak dengar dorang nyanyi...dorang cute lak tu...mesti ramai peminat kipas susah mati kan..leh aku join jadi salah sorang peminat tu????? hehe...tetiba lak kan....dah suka lagu seperti kat bawah ni....

ANTARA CINTA DAN EGO - FAISAL ISA FT SLEEQ
TIBA MASA -SLEEQ
SEMBUNYI - SLEEQ
SELAMAT MALAM - SLEEQ
CUN SAJA - SLEEQ
TANYA NAMA - SLEEQ
KAU BUAT AKU - SLEEQ
SESAAT KAU DATANG - RAMLAH RAM FT SLEEQ


                                                        ANTARA CINTA DAN EGO

Saturday, 18 February 2012

ME + CARTOONS

Hari ni banyak betul citer yang aku tengok..dari kartun bawa ke movie pastu kartun lagi..hindustan..kartun lagi dan kartun....tak habis2 kan rancangan kat tv....dan aku pun tak habis2 tengok...bila masanya aku belajar...Cop...hari ni kan cuti..so hari tuk rehatkan otaklah....


Aku ngan kartun ni memang tak dapat dipisahkan lagi dah..dah sebati dengan hidup aku..rasanya sejak dari kecil lagi aku dah exposed pada kartun2 ni...here, aku listkan rancangan kartun dan anime yang aku minat dan tengok dari kecik lagi sampailah sekarang..nope..ada jugak yang dah tak ikut lagi sebab kekangan masa dan ada yang aku dah tak tengok sangat sebab dah x larat tambah-tambah lagi dengan banyak pulak citer kartun sekarang..tapi here it is...............


Barbie....ni memang aku suka..bukan setakat kartunnya aje..sampai anak patungnya pun aku bedal jugak...tiap2 hari lepas balik sekolah minta ibu aku belikan..sampai penuh satu almari ngan patung ni..tapi dah besar aku buang aje...nyesal lah pulak bila teringat balik..


Kedua, aku membesar ngan mickey mouse dan sewaktu dengannya...ape yang kuar dari walt disney tulah..baik snow white, sleeping beauty, cinderella, alice and wonderland dan segala kisah dongeng diaorang...sume ni pun aku suka jugak..




Yang ketiga aku minat sangat doraemon...sebab ada saku dia yang ajaib tuh...tapi meluat ngan nobita...suka sangat gunakan doraemon...huhu..




Yang ini paling aku minat..detective conan...horaa...aku memang x leh missed citer ni...aku suka kumpul komik ni..dari volume pertama lagi kuar..seingat aku komik ni kuar time aku form 4....start dari tu aku beli..beli dan beli sampailah sekarang..tapi yang sedihnya aku dah terputus beli komik ni..tak tau lah kenapa..aku cari kat kedai sume dah x da lagi..ke dah memang tak keluar lagi dah???? pelik lah..ada spa2 leh tolong aku tak..mana nak dapat komik ni?? aku x de start volume 74...skg ni kalu x silap mungkin dah masuk volume 77 kot..aku cari kat kedai memang x ada...sob..sob memang sedih..orang kata apa susah..baca online kan ok..kat tv pun ok per..memang r..tapi aku suka kumpul....kalu tak cukup satu tu memang rasa pelik jer...macam kehilangan sesuatu..tagline Shinichi aka Conan :'Hanya ada satu kebenaran!!' 


Opps...camne aku leh lupa ni..ni ha ada lagi kartun sebelum detective conan yang aku minat iaitu Sailormoon..yelah Sailormoon ni muncul dulu dari conan..time aku sekolah rendah lagi dah ada..


ni memang da hafal lah diorang punya anggota...dari makhluk jahat berubah jadi sailor pun ada...seiyakoh, taikikoh dan yatenkoh...diaorg ni lelaki tapi muka lembut cam girls jugak...




Detektif Q pun aku turut kumpul jugak....memang addicted to kisah2 penyiasatan la kiranya aku ni....


Latest..aku suka kartun ni..agak menarik jugaklah...



Well sebenarnya banyak jugak kartun yang aku minat...kalau dah peminat kartun tu nak wat cane kan..hehe..kartun ni leh hilangkan bosan. tensen dan macam2 lagi lah..kalu citer pun best..layan lah kan....

Entri malam ni...

Assalamualaikum...
Duhai malam.....begitu cepat je dah malam kan..hai cepat betul masa berlalu....tanda2nya?? tahu-tahu sendirilah kan...em malam ni entri apa ek??


OPppsy....entri malam ni adalah mengenai APA KATA HATI..apa hatimu? apa kata hatiku?? apa yang aku merepek ni?? hehe..btw sajelah nak tulis pun..nama pun kala hatiku berbicara..tulis je la apa yang aku rasa sekarang kan...saja je nak share sal tadi petang de tengok satu movie ni..tajuknya "APA KATA HATI".






Filem Apa Kata Hati? dibintangi oleh Raja Farah, Farid KamilAwal AshaariDynasAwieKartina Aziz, Ogy Ahmad DaudHarun Salim Bachik. Ia mengisahkan Elly (Raja Farah), seorang pereka fesyen muda bekerja di Butik Karya Anggun merupakan seorang gadis ceria dan berfikiran positif, diuji dengan satu pemberian yang memang diimpikan oleh semua wanita iaitu dapat membaca fikiran lelaki.


Namun Elly menganggap itu satu sumpahan apabila dia banyak mendengar yang tidak baik berbanding yang baik. Dengan pemberian itu juga, Elly jadi keliru dalam membuat pilihan teman hidup.Kebuntuan tersebut mendorong Elly membuat sesuatu keputusan dengan mengikut kata hatinyaApakah Elly berjaya membuat keputusan tepat dengan menurut kata hati?


hehe..basically..citer ni simple jer...ala love comedi...citer yang tak berat sangat otak..enjoy and very the kelakar one..tapi ada jugak meluatnya...t aku bitau nape..yang funnynye citer ni sampai aku gelak terbahak2 tak ingat dunia lagi ialah part A C Mizal jadi tok dukun...memang sempoi dan gila2...biol jugak tok dukun ni ye...leh pulak time x de customer wat kelas exercise...kemain je bila customer datang siap kena mik nombor padahal x de pun customer yang beratur...haha..pastu tingkah laku dia time nak ubat pesakit tula kononnya..dah macam orang menurun tahap sengal plus sewel..hehe..sakit leher aku ketawa kuat2..dah tu pandai pesan kat customer suh bayar khidmat dia yang tah kebenda tuh...tapi tok dukun ni memang ada power kot kalau tak camne si elly tu leh ada kuasa baca fikiran lelaki???


satu lagi watak yang aku suka watak 'Sophie' oleh Awie..kalau Awie memang terbaik r lakonan dia..semua orang pun terhibur ngan acting dia..memang menjadi lah...last2 dia pun sibuk nak jumpa tok dukun jugak..haha..apalah...


Tapi seyes..aku meluat giler ngan lakonan farid kamil...dalam citer ni farid kamil sebagai aidil selaku bf nye si elly ni..tapi playboy...menyampah pulak tengok..Opps..bukan aku tak suka dia ek...x baik pulak kan..em..aku tak suka je watak dia dalam citer tu...macam selekeh r dalam citer tu...on the first half of the story aku suka sangat ngan watak riezman lakonan Awal..aku rasa dia lah yang ok wat elly..tapi x sangka pulak sebenarnye dia tu suckssssssssss....poyo betul....


Keputusannya...Elly berjaya membuat keputusan....dia pilih Aidil..dan sebenarnya Aidil pun memang cintakan Elly..baru dia tahu erti cinta bila dia dah kehilangan Elly..






As a conclusion...aku terfikir pulak..kalau la aku ada anugerah tu apa aku nak wat ek..ke aku jadi macam Elly???? mesti seronok kan kalau kita dapat baca fikiran orang lelaki...so kita tahulah samada diaorang ni betul-betul ikhlas kat kita atau tak..tapi kalau kita sik dengar je apa yang semua lelaki cakap tak kira masa dan tempat boleh gila jugak kan....hehe..so baik aku pilih x mau jadi gila...sebab kehidupan sekarang yang nak kira ok tak ok ni pun aku macam nak gila dah....apepun yang penting terima jelah segala ketentuanNya...the main thing aku memang enjoy r ngan citer ni ^_*





Friday, 17 February 2012

Resepi Puding Roti Caramel

         
         Hua....hari ni tertarik dengan satu lagi resepi baru..tengok Kak Suraya Sukri wat lah ni..dia post pic kat fb..nampak yummy je..teringin pulak nak cuba buat...resepi ni amik kat http://hanieliza.fotopages.com
      by Chef hanieliza..tapi hari ni tak dapat buat lah sebab telur x da...post ajelah dulu...kot tengok ni leh rasa kenyang ke....hehe

PUDING ROTI CARAMEL 




Bahan A:
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

Bahan B
1 buku roti [10 keping]
1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit cocktal/peach
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad

Hiasan
1 tin buah koktel/peach

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktal dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail ta buah peach
8. Sejukkan...hidangkan untuk buka posa ke.. sebagai dessert 

cuba jangan tak cuba..hasilnya harap memuaskan lah ye..tak sabar dah ni ^_^

Tahukah anda...?


         1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

3. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martin dari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan khas buat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula dinyanyikan oleh Ricky Martin.

4. Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan Sepanyol. ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan yang menggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat. (bahasa yang ke tujuh hanya biasa digunakan room dot dot dot)

5. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

9. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

10. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

11. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

12. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, akhlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda..........
walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.


Warna sesuatu kertas melambangkan...


            Ani : Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau       Muda?

Ena : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"

Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"

Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"

 Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"

Ena : "Asmara Yang Membara"

Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"

Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "

Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"

Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"

Ani : "Kalau Merah Jambu?"

Ena: "Sedang Jatuh Cinta"

Ani : "Kalau kelabu?"

Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"

Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"

Ena : "Itu namanya kertas karbon.. bodoh! "


apa lagi....

Hadiah Hari Guru (Sempena Hari Guru)

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..

Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu ….

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!

Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.

Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu: Patutlah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...